Popular Today

Rabu, Februari 05, 2014

Video Kezaliman kerajaan Negeri Selangor : pecat untuk tutup mulut

1 Komen!!!

https://www.youtube.com/watch?v=lfV-kWvlB5E&feature=youtube_gdata_player

Pecat tanpa alasan munasabah.. nama negeri maju tapi laksana undang2 hutan.. kuku besi.. inilah cara PKR tadbir negeri "with fear"..

Lawan.. kamu akan dipecat.. walaupun perkara yg dilawan itu betul utk kebaikan syarikat..

Kenapa 23 org ni dipecat.. kerana mereka tahu urusan kewangan PKNS.. tahu brp byk duit disalurkan kpd PKR.. ini sahaja menutup mulut mereka.. hapuskan mereka dahulu..

Faekah Kata : Memang Pemimpin PKR ni bebal

0 Komen!!!

Tahniah kepada Faekah bekas SU MB Selangor ni yang baru tersedar bahawa pemimpin PKR ni mmg bebal dan dangkal pemikirannya.

Kenyataan beliau sebagai menyanggah kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PKR yg lain yang dianggapnya tidak logik dan tidak masuk akal. Kenyataan bahawa BN akan guna situasi darurat untuk rampas Selangor adalah kenyataan paling bodoh pernah didengari oleh Faekah.

Hakikatnya rakyat ramai rakyat dah lama tersedar dengan kebodohan dan kedangkalan pemimpin PKR ni.. kira faekah bari tersedar ni mmg kira ok le.. harapnya ramai lagi pemimpin PR akan tersedar macam Faekah ni.

UMNO JOHOR BAKAL PERKENAL KPI BAGI SEMUA BAHAGIAN DAN CAWANGANNYA

0 Komen!!!

JOHOR BAHARU, 5 Feb - Setiap bahagian dan cawangan Umno di Johor bakal mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang perlu dicapai bagi meningkatkan perkhidmatannya kepada masyarakat di negeri ini, kata setiausaha Badan Perhubungan Umno Johor Mohd Jais Sarday.
Beliau yang juga exco kanan kerajaan negeri berkata, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor akan mengumumkan KPI berkenaan dalam masa terdekat.
"Kita sedang merangka secara terperinci (KPI) supaya setiap bahagian dan cawangan Umno di Johor mempunyai KPI masing-masing. Ia akan diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri tidak lama lagi," katanya.
Walaupun perincian tentang KPI itu masih dirangka, tetapi ia bakal merangkumi perkara-perkara seperti usaha untuk meningkatkan pendaftaran anggota Umno dan pemilih, katanya.     Menerusi perlaksanaan sistem KPI itu, kata Mohd Jais, Umno Johor juga mahu melihat bahagian-bahagian dan cawangannya memainkan peranan sebagai penyampai permasalahan yang dihadapi masyarakat di peringkat daerah.
"Mana-mana permasalahan masyarakat yang tidak selesai di peringkat daerah, (bahagian dan cawangan Umno) boleh membawanya ke peringkat perhubungan negeri dan kita akan bantu menyelesaikannya di peringkat kerajaan.
"Umno perlu melakukan banyak perubahan jika ia tidak mahu diubah oleh rakyat," kata Mohd Jais.
Beliau yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota berkata, Umno dan kerajaan negeri perlu seiring dan berganding bahu bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi rakyat. Umno, menurut beliau, tidak boleh sekadar terlibat di dalam menganjurkan program-program tetapi perlu menjadi "mata dan telinga" rakyat dan membantu menyelesaikan masalah mereka.
"Apabila rakyat hidup selesa tiada masalah, rakyat akan memberikan sokongan mereka kepada kerajaan," kata Mohd Jais dan menambah, Umno Johor mahu memainkan peranan sebagai platfom bagi masyarakat menyampaikan suara hati mereka.
Disebabkan itulah, katanya, Mohamed Khaled di antara usaha pertamanya selepas dilantik sebagai Menteri Besar Johor melancarkan kajian "Suara Hati Johor" bagi mengetahui tentang kehendak dan aspirasi rakyat negeri ini.
Kajian "Suara Hati Johor" itu dilaksanakan oleh penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 
- BERNAMA

Kongsi Link Anda